Bangsa Kedayan
- Merupakan salah satu bangsa yang menetap di Kepulauan Borneo. Dipercayai berasal dari Brunei dan berhijrah ke Sabah, Sarawak dan Labuan. Di Miri Sarawak, kebanyakan bangsa Kedayan menetap di daerah Bekenu. Selain itu, bangsa Kedayan juga boleh ditemui di daerah Limbang dan Lawas, Sarawak; Sipitang dan Kuala Penyu, Sabah; dan Labuan. Bahasa yang digunakan ialah Bahasa Kedayan ("bahasa de facto" Brunei).
- Sebahagian kaum Kedayan di Labuan bukannya orang pantai, dan cenderung menetap di kawasan pedalaman. Manakala sebahagian yang lain lagi menetap berhampiran pantai. Rumah-rumah di kampung dibina agak dekat antara satu sama lain, mengikut pola kelompok, dengan taman-taman bercabang. Kaum Kedayan-Brunei menjadi penduduk majoriti dan memegang kuasa politik di pulau bebas cukai itu.
No comments:
Post a Comment