Thursday, 26 January 2012

Wahai lelaki, jika kau kasih dan cintakan wanita itu, •• Bawalah dia ke jalan Allah•• 
Nasihatilah dia •• Perbetulkan kesilapannya •• Jagalah 
dia dengan baik •• Kasihanilah 
dia •• Lindungilah dia 
•• Berilah kasih sayang
padanya •• Hargailah dia •• Ucapkan
terima kasih atas pertolongannya •• Bersabar dengannya •• Terimalah 
& cintailah kekurangan
nya •• Jadi IMAM terbaik untuknya. Wahai wanita, jika kau kasih dan cintakan lelaki itu, •• Setialah kepadanya •• Hormat kepadanya •• Mencintainya sepenuh hati ••
Berlaku jujur kepadanya
•• Sentiasa disisinya •• Hargailah dia •• Jagalah maruahnya •• Bersabar dengannya •• Terimalah & cintailah kekurangannya •• Jadi seorang ibu yang mithali kepada anak-anaknya.

Friday, 20 January 2012

“Jauhilah prasangka buruk, karena prasangka buruk adalah ucapan yang paling dusta, janganlah kalian saling mendiamkan, janganlah suka mencari-cari isu, (janganlah) saling mendengki, (janganlah)saling membelakangi, serta (janganlah) saling membenci, tetapi, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara."
(HR. Bukhari )

Sayangnya Muhammad Kepada Umatnya ^_^

Selawat ke atas nabi Muhammad S.A.W. SayangilahBaginda Rasulullah... Cintailah Baginda Rasulullah... Kerana Rasulullah tersangat sayangkan umatnya... Sayang ...




Thursday, 19 January 2012

Asal-Usul Puak Kedayan Di Brunei

Kedayan merupakan bangsa campuran Orang Jawa dan Masyarakat Melayu Brunei yang mana peristiwa Sultan Brunei Ke 5 iaitu Sultan Bolkiah (1473-1521) yang rajin singgah di tanah nusantara seperti di kepulauan Jawa, Sumatra, Kalimantan dan termasuklah Di tanah Filipina. Dan di tanah Jawa Baginda dapat melihat aktiviti orang Jawa yang rajin bercucuk tanam dan berpadi dan mereka ini dikenali dengan jadi bertanam (hasil tangan mereka yang banyak membuahkan hasil), maka baginda segera menawarkan mereka untuk menetap di Brunei. Setelah di Brunei banyak aktiviti pertanian dibuat dengan giat dan banyak hasilnya lalu Baginda memberikan hadiah. Di sinilah bermulanya ikatan pertalian dan persaudaraan orang Jawa melalui perkahwinan campur dengan Masyarakat Melayu Brunei sehingga pada masa kini puak kedayan banyak menetap di Daerah Temburong, Tutong, Belait dan Brunei dan Muara (Jerudong). Dan kemudian berpindah-rendah ada yang menetap di Sabah dan di Sarawak.

KEDAYAN

Bangsa Kedayan  
  • Merupakan salah satu bangsa yang menetap di Kepulauan Borneo. Dipercayai berasal dari Brunei dan berhijrah ke Sabah, Sarawak dan Labuan. Di Miri Sarawak, kebanyakan bangsa Kedayan menetap di daerah Bekenu. Selain itu, bangsa Kedayan juga boleh ditemui di daerah Limbang dan Lawas, Sarawak; Sipitang dan Kuala Penyu, Sabah; dan Labuan. Bahasa yang digunakan ialah Bahasa Kedayan ("bahasa de facto" Brunei).


  • Sebahagian kaum Kedayan di Labuan bukannya orang pantai, dan cenderung menetap di kawasan pedalaman. Manakala sebahagian yang lain lagi menetap berhampiran pantai. Rumah-rumah di kampung dibina agak dekat antara satu sama lain, mengikut pola kelompok, dengan taman-taman bercabang. Kaum Kedayan-Brunei menjadi penduduk majoriti dan memegang kuasa politik di pulau bebas cukai itu.